top of page

Apa itu nilam ?

-NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

 

-Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP) ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

 

-Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

c0f41-logo2bnilam.jpg_w=466&h=428.jpg

Matlamat Nilam

– Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid

Objektif Nilam

- Menjadikan murid banyak membaca

 

-Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

– Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walau bagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.

 

– Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.

 

– Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.

Bilakah nilam boleh dilaksanakan

bottom of page